>

Sunday 4 March 2012

Tatabahasa Dewan : Kata Kerja Tunggal

Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan. Kata kerja tunggal
ini mampu wujud sebagai predikat walau tanpa kehadiran imbuhan pada perkataan. Kata kerja tunggal juga mempunyai sifat sebagai tak transitif.



Contoh Kata Kerja Tunggal :

ada
ikut
balik
jaga
pulang
keluar
datang
lahir
gagal
mara
hancur
terbang

Contoh penggunaan kata kerja tunggal :
1. Helikopter itu terbang di angkasa.
2. Kumpulan askar itu pun mara. 
3. Afiq dan Anwar lahir di Kuala Lumpur.

Info : hanya terdapat SATU perkataan kata kerja tunggal dalam bahasa Melayu  berbentuk akronim iaitu berdikari yang mana ia diwujudkan daripada singkatan berdiri atas kaki sendiri. 

Sumber Rujukan : Tatabahasa Dewan,2009


No comments:

Post a Comment