>

Sunday 4 March 2012

Kelas : Jagalah Kebersihan 1

Tema : Sihat dan Cergas
Tahun : 2


Sabun

Air

Tuala tangan 
Murid-murid, apakah kegunaan tiga benda di atas?
...........................................

Mari menonton video



Sastera :

Tatabahasa :

Latihan : 

Read more...

Latihan : Jagalah Kebersihan 1

Arahan :
Berdasarkan rajah di atas, nyatakan langkah-langkah membasuh tangan dengan betul menggunakan ayat tunggal yang mudah.
1. ________________________________________________
2. ________________________________________________
3. ________________________________________________
4. ________________________________________________
5. ________________________________________________
6. ________________________________________________
7. ________________________________________________










Read more...

Tatabahasa Dewan : Kata Kerja Tunggal

Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan. Kata kerja tunggal
ini mampu wujud sebagai predikat walau tanpa kehadiran imbuhan pada perkataan. Kata kerja tunggal juga mempunyai sifat sebagai tak transitif.



Contoh Kata Kerja Tunggal :

ada
ikut
balik
jaga
pulang
keluar
datang
lahir
gagal
mara
hancur
terbang

Contoh penggunaan kata kerja tunggal :
1. Helikopter itu terbang di angkasa.
2. Kumpulan askar itu pun mara. 
3. Afiq dan Anwar lahir di Kuala Lumpur.

Info : hanya terdapat SATU perkataan kata kerja tunggal dalam bahasa Melayu  berbentuk akronim iaitu berdikari yang mana ia diwujudkan daripada singkatan berdiri atas kaki sendiri. 

Sumber Rujukan : Tatabahasa Dewan,2009



Read more...

Latihan : Kata Kerja Tunggal


1. Murid-murid itu ______ ke rumah.

2. Burung bangau itu ______ di angkasa.

3. Pelawat sekolah saya belum ______ lagi.
d) mendatangkan

4. Adik ______ ke arah kakak untuk mendapatkan hadiah yang telah dijanjikan.
a) melarikan
b) selari
c) pelarian
d) lari 

5. Kami terpegun melihat pelukis itu ______ potret wajah dengan teliti.
a) terlukis
b) lukis
c) berlukisan
d) melukisi

6. Guru Besar telah _____ surat amaran untuk diberikan kepada Zuhdi atas kesalahan yang dilakukan tempoh hari.
a) tertulis
b) bertulis
c) tulis
d) menulisi


ke nota 'Kata Kerja Tunggal'


Read more...

Saturday 3 March 2012

Pantun Menjaga Kebersihan Diri

Menjaga Kebersihan Diri

Marilah dengar wahai teman,
Teman mendengar untuk berjaga,
Pastikan badan bebas berkuman,
Agar kesihatan sentiasa terjaga.

Indah jelitanya Sang Kesuma,
Ayu mendayung membawa rakit,
Mencuci tangan amalan utama,

Menjadi keperluan hidup manusia,
Ingat sahabat untuk mandi,
Asas utama berwajah ceria.

Si Luncai bergeliga lantangnya tergelak,
Makanan ringan perlu dielak,
Ganti piramid makanan melengkapkan diri.

Sate terkenal terletak di Kajang,
Beraturnya pelanggan mengikut giliran,
Bersihnya kuku tiada kotor dan panjang,
Barulah badan tiada jangkitan.

Dicipta oleh : Cikgu Aqilah




Read more...

Kamus Dewan : Kesuma



Kesuma : 1. Sastera lama bunga; 2. Perempuan cantik yang elok (molek, rupawan); 3. bangsawan; ~ bangsa kiasan pemuda dan pemudi (dalam sesuatu bangsa).




Sumber rujukan : Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005
Read more...